Announcement


Order open!



My First Project

Friday 27 July 2012
Hehe...First simple project. Since we are going abroad this Hari Raya, I've decided to make a pair of mitten from recycled sweater. A very simple project.
First of all,

Ni la rupa baju. Why I take dis baju? Because baju ni dah lama and there's no one to wear it.

So then, I cut it into pieces. Then, I sew it.
Done!
Taraaaa....

Compare to mitten yang dijadikan sumber rujukan.Maklumlah, baru nak cuba2..Hihihi

And then, I decorate it. Mula2 nak letak button, tapi takut si kecik tu gigit-gigit pulak button tu.
So, this is how it looks.

For those yang preggie..You still have time to try this!

Program Reseller

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringin nak jual bundle secara helai. Maksudnya, snap pic 1 by 1 and jual secara helai. Sehelai boleh mencecah puluhan ringgit. Masalah saya ialah saya mempunyai masa yang terhad. Study + Suami + Anak + Writing Paper + Rumahtangga dan sebagainya. Maka, semalam time2 tengah masak nak sahur, terfikir satu idea. What if kalau saya buat program reseller. Maksudnya macam ni.

Draft Program Reseller Bundle
1. Saya hantar 10 helai baju kepada anda (tanpa bayaran).Kos penghantaran saya tanggung
2. Anda jual. Terpulang nak jual offline atau online dan nak letak harga berapa. Saya cuma nak RM3 daripada setiap helai baju yang berjaya dijual.
3. Yang tak terjual, pulangkan kepada saya. (Kos penghantaran anda yang tanggung)
4. Saya hantar balik 10 helai yang lain kepada anda. (Kos penghantaran saya tanggung)


Dengan syarat
* Yuran pendaftaran RM50 (lifetime)
* Return baju hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa 2 bulan untuk setiap batch. Maksudnya setiap 10 helai yang saya hantar, yang tak terjual, hanya boleh ditukar dalam masa 2 bulan.
* Maksimum baju yang return hanya 5 helai

Why? Why? Why yuran pendaftaran??
Untuk elakkan penipuan. Takut nanti dah hantar baju, semua lesap. Tak ada berita.

Why? Why? Why return baju perlu ada tempoh?
Supaya gap masa tu tak terlalu lama. Nanti ada yang setahun baru nak tukar, susah pulak kan?

Ni cuma draft saja. Belum tentu jadi. Any idea? Contribute your idea to iloveladieskidsbundle@gmail.com


Perbezaan jadi reseller dengan beli secara pakej?

1. Kalau beli secara pakej, kos penghantaran anda yang tanggung untuk penukaran pergi dan balik berbanding dengan reseller, hanya kos penghantaran kepada saya yang perlu ditanggung.

2. Kalau beli secara pakej, anda tiada komitmen. Semua keuntungan kepada anda 100% tetapi risiko kalau tak terjual, anda perlu tanggung kos penghantaran pergi dan balik untuk penukaran baju.






Maaf..

Maaf kepada yang sms saya...Handphone saya mengalami sedikit masalah. Saya akan reply sms dalam masa 2-3 hari lagi...

Jumpsuit to Romper

Thursday 26 July 2012
Projek menukarkan jumpsuit kepada romper ni diadaptasi dari web restylistas. At first, jumpsuit ni lah rupa jumpsuit ni...Nampak macam oldstyle sikit kan?


And then, jumpsuit ni disingkatkan (dipotong bahagian bawah) dan neck diubah kepada V-neck supaya nampak lebih stylo macam kat bawah ni...


Taraaaa....Cantik kan? persoalannya..Adakah kita sekreatif ini? Untuk mencipta sesuatu yang baru daripada yang lama.. and one good thing about this..MONEY! Yes! MONEY! Boleh jual balik..=)

Are you creative enough to do this?

Salam semua,

Percaya atau tidak, selain daripada menjual baju-baju terpakai, anda juga boleh membuat sesuatu seperti teddy bear di bawah ini untuk dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi. Anda hanya memerlukan kreativiti dan kemahiran untuk menjahit.

Source from http://www.bunnyhilldesigns.com/store/products/details/?product=Babyb

Tips Bundle

Friday 13 July 2012
Saya ingin memberikan sedikit tips untuk anda dalam penjualan bundle wanita @ kanak2..Bila cakap pasal bundle, apa yang saya ingat ialah zaman sewaktu di universiti dulu..punyalah banyak income yang saya dapat melalui penjualan bundle..maka tak gerak la duit bulanan dalam bank..hehe..tue yang best..tapi tue cerita lama..ok..tips yang saya nak bagi ialah bagaimana untuk menjual bundle.Nie berdasarkan pengalaman saya.

1. Jual kepada sahabat handai yang terdekat dahulu. Kalau anda di asrama, universiti atau tempat kerja lagilah untung sebab mmg mudah untuk anda jual kepada sahabat handai yang terdekat.Kemudian, berita akan disebarkan dari mulut ke mulut. Secara automatiknya perniagaan anda akan berkembang.
2. Letakkan harga yang berpatutan. Mengikut pengalaman saya, untuk coat, harga boleh mencecah kepada RM40 sehelai manakalah t-shirt dan lain-lain saya hanya letakkan harga RM8- RM 20 sahaja.
3. Untuk baju yang bewarna putih, basuh dahulu sebelum jual.Sebab baju akan nampak lebih berseri.
4. Rajin-rajinkanlah diri untuk jahit butang2 yang tertanggal..biasalah..baju bundle..
5. Kalau anda kreatif, anda boleh ubah baju yang rosak kepada sesuatu yang berguna.contohnya, seluar jeans dijadikan beg tangan..pernah dengar? pernah lihat? nanti saya akan sharekan caranya bagaimana.
6. Kalau rajin lagi, bolehla iron baju2 tersebut sebelum dijual. Tapi harga jualan semstinya akan meningkat.Maklumlah, nak bayar bil letrik.
7. Kalau stock anda banyak, anda boleh buat carboot sale.
8. Pengalam saya di universiti, saya ada menjual baju bundle pada karnival keusahawanan..untung beb..!huhuhu

Mulakan Perniagaan Bundle secara Online

Bagaimana mahu memulakan perniagaan baju terpakai atau bundle secara online         
                                          
Langkah pertama:
Anda perlu memilih jenis pakaian yang ingin dijual. Contohnya, jika anda ingin menjual pakaian terpakai kanak-kanak dan lelaki. Tumpukan kepada jenis pakaian tersebut.

Langkah kedua:
Dapatkan supplier bundle anda. Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, saya sarankan anda menggunakan pakaian lama anda sendiri.

Langkah ketiga:
Apabila stock sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah  tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengkelas harga bagi pakaian-pakaian tersebut. Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam ketegori rendah dan tinggi.

Langkah empat:
Untuk penyediaan bakul kategori rendah:
Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci. Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process. Untuk barang kategori gred rendah, banyakkan mengguna kreativiti anda. Begitu juga jika baju tersebut mempunyai kototran kecil. Anda boleh menampal iron on atau menjahit ribbon di atas kotoean tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. BArang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki.
Untuk kategori gred tinggi:
Anda boleh terus menjual baju-baju ini.

Langkah lima:
Sediakan mannequin ntuk kelihatan lebih cantik. Untuk permualaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, saya sarankan agar anda menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5. Jika anda ingin membeli mannequin secara online, harga adalah RM25 termasuk postage.
Sebelum anda mengambil gambar baju tersebut bersama mannequin anda, saya nasihatkan anda supaya menghilangkan kedutan pada baju tersbut. Langkah ini sangat penting dalam perniagaan baju bundle online. Setelah mengenakan baju tersebut kepada mannequin, anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri atau pun berdasarkan fesyen-sedyen terkini seperti pemakaian tali pinggang dan sebagainya.
*Anda jugak boleh mengukur size baju tersebut iaitu bahu ke bahu, dan panjang baju untuk dimasukkan sekali di dalam blog.

Langkah Enam:
Wujudkan satu blog untuk perniagaan anda. Contohnya, blogspot atau tumblr.Anda juga boleh membuat jualan di facebook.
SELAMAT BERJAYA!

Bagaimana pakaian bundle diproses?

Kalau di barat, mereka mempunya 1 container yang dikhaskan untuk mendermakan pakaian-pakaian yang sudah tidak mahu digunakan kepada kebajikan. Faktor negara 4 musim juga mungkin menjadi penyebab mengapa mereka sering bertukar kepada pakaian-pakaian baru dan terus membuang pakaian-pakaian lama. Selalunya, jika kita melihat kepada pakaian bundle, banyak yang masih elok dan sesetenganya masih mempunyai tag harga.
Kemudian, container ini ditimbang dan dibeli oleh syarikat pengkelasan. Syarikat ini membayar kepada pihak kebajikan dengan harga per kg. Dengan ini, pihak kebajikan tidak akan menggunakan pakaian itu kepada mereka sendiri malah mereka mendapat sejumlah wang untuk aktiviti kebajikan. Pakaian itu kemudian dibawa ke kilang untuk proses pemilihan. Contohnya, seluar akan diletakkan di dalam tong seluar dan baju akan diletakkan di dalam tong baju.

 Proses pemilihan kedua berlaku apabila pakaian-pakaian ini dikelaskan mengikut brand.



Pakaian-pakaian ini kemudian di export kepada negara-negara lain untuk proses penjualan semula.




Kids Bundle








Ladies Bundle










Ladies Bundle




Kids Bundle










Contoh ladies bundle







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hit