Announcement


Order open!



Tips Bundle

Friday 13 July 2012
Saya ingin memberikan sedikit tips untuk anda dalam penjualan bundle wanita @ kanak2..Bila cakap pasal bundle, apa yang saya ingat ialah zaman sewaktu di universiti dulu..punyalah banyak income yang saya dapat melalui penjualan bundle..maka tak gerak la duit bulanan dalam bank..hehe..tue yang best..tapi tue cerita lama..ok..tips yang saya nak bagi ialah bagaimana untuk menjual bundle.Nie berdasarkan pengalaman saya.

1. Jual kepada sahabat handai yang terdekat dahulu. Kalau anda di asrama, universiti atau tempat kerja lagilah untung sebab mmg mudah untuk anda jual kepada sahabat handai yang terdekat.Kemudian, berita akan disebarkan dari mulut ke mulut. Secara automatiknya perniagaan anda akan berkembang.
2. Letakkan harga yang berpatutan. Mengikut pengalaman saya, untuk coat, harga boleh mencecah kepada RM40 sehelai manakalah t-shirt dan lain-lain saya hanya letakkan harga RM8- RM 20 sahaja.
3. Untuk baju yang bewarna putih, basuh dahulu sebelum jual.Sebab baju akan nampak lebih berseri.
4. Rajin-rajinkanlah diri untuk jahit butang2 yang tertanggal..biasalah..baju bundle..
5. Kalau anda kreatif, anda boleh ubah baju yang rosak kepada sesuatu yang berguna.contohnya, seluar jeans dijadikan beg tangan..pernah dengar? pernah lihat? nanti saya akan sharekan caranya bagaimana.
6. Kalau rajin lagi, bolehla iron baju2 tersebut sebelum dijual. Tapi harga jualan semstinya akan meningkat.Maklumlah, nak bayar bil letrik.
7. Kalau stock anda banyak, anda boleh buat carboot sale.
8. Pengalam saya di universiti, saya ada menjual baju bundle pada karnival keusahawanan..untung beb..!huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hit